Friday, August 14, 2015

Kepentingan Meminum Air Untuk Jangka Hayat

Keperluan cecair yang cukup untuk badan adalah amat penting, tetapi ramai di antara kita masih menganggap ia adalah masalah kecil. Kekurangan air dalam badan manusia boleh menjadi punca kepada pelbagai masalah kesihatan. Oleh itu, memastikan jumlah air yang cukup dalam diet harian harus di titik beratkan terutamanya di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar.
Ibubapa seharusnya mengajar anak-anak tentang kepentingan meminum air kosong yang cukup, bukannya hanya minum bila berasa dahaga sahaja.
"Think of water as a nutrient your body needs that is present in liquids, plain water, and foods. All of these are essential daily to replace the large amounts of water lost each day," says Joan Koelemay, RD, dietitian for the Beverage Institute, an industry group.
Amalan meminum air yang cukup penting untuk mengimbangi tahap kadaran cecair dalam badan kerana badan kita kehilangan cecair apabila kita berpeluh, bernafas dan buang air kecil dan besar.
Apabila kadar pengambilan cecair tidak sama dengan penyingkiran cecair, badan akan mengalami penghidratan. Bila badan berada dalam keadaan dehidrasi, kita mengalami masalah kekeringan bahagian mulut, sakit kepala, fikiran bercelaru, kekejangan otot, pening, muntah dan keletihan.

60% badan manusia adalah terdiri dalam bentuk cecair. Keperluan air penting untuk jangka hayat, kepentingan air termasuk sebagai fungsi pengangkut, mengimbang suhu badan, penyingkiran bahan buangan melalui air kencing, bantu proses penghadaman dan sebagai bahan pelincir baik untuk sendi, organ dan tisu badan.
 
Air memainkan peranan penting dalam setiap fungsi utama badan. Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama 8 minggu, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam 1 minggu - begitulah pentingnya air.

Kehilangan air akibat berpeluh berbeza-beza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Ia bergantung kepada keadaan persekitaran, aktiviti harian dan umur dan saiz tubuh seseorang. Seseorang individu yang bekerja sebagai buruh kasar akan banyak berpeluh berbanding seseorang pekerja pejabat.
 
Bagi memenuhi keperluan cecair dalam badan, orang dewasa di sarankan meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Manakala kanak-kanak pula bergantung pada umur, berat badan dan keaktifan fizikal mereka.

Bercakap tentang keperluan air untuk badan, meminum air kosong adalah lebih daripada meminum air bersoda atau bergula. Bagi anda yang mengambil suplemen makanan, adalah harus untuk anda meminum air secukupnya kerana airlah yang mengangkut nutrisi seperti vitamin dan mineral ke dalam sel-sel badan.

Kenapa keperluan mineral lebih penting dari keperluan vitamin?
Baca kepentingan mineral untuk badan manusia  <--- di sini.

No comments:

Post a Comment