Kepentingan Trace Mineral Untuk Tubuh

Apa itu mineral?

Mineral atau galian adalah sebatian semulajadi yang terhasil oleh proses alam. Seperti mana tubuh memerlukan vitamin, keperluan mineral juga adalah sama tetapi kepentingan mineral kepada tubuh adalah lebih utama daripada vitamin - mineral diperlukan untuk mengaktifkan ratusan reaksi enzim dalam tubuh.

Kepentingan mineral

Mineral adalah perlu bagi pengangkutan oksigen, metabolisme tenaga, pertumbuhan, dan perlindungan sel dan saraf. Mineral adalah penting dalam asimilasi dan penggunaan vitamin dan lain-lain nutrien. Mineral membantu dalam proses pencernaan dan menjadi pemangkin untuk banyak hormon, enzim, dan fungsi badan yang penting dan tindakbalas. Mineral membantu dalam menggantikan elektrolit yang hilang melalui peluh berat atau cirit-birit. Mineral juga melindungi terhadap reaksi toksik dan keracunan logam berat dan meningkat daya tahan penyakit.

Tubuh kita ada lebih 50 000 jenis enzim dan kesemua aktiviti enzim ini memerlukan mineral tertentu untuk bergerak dengan sempurna.
Meskipun keperluan untuk setiap mineral adalah kecil (jumlah kerperluannya hanya sedikit sahaja maka ia di panggil 'Trace Mineral') tetapi ketiadaan atau kekurangannya memberi kesan besar terhadap tahap kesihatan tubuh.

Tubuh kita mampu menahan gejala kekurangan vitamin pada tempoh waktu yang agak panjang namun gejala kekurangan mineral tidak mampu  dihadapi oleh tubuh kita. Dengan serta merta tubuh akan kesakitan apabila tahap keperluan mineral tidak mampu dipenuhi.

… your mineral needs are more important than your vitamin needs, since your body cannot make minerals – Dr Henry Schroeder, M.D., Ph.D. of Dartmouth College

Tubuh kita tidak boleh menghasilkan mineral, maka kita bergantung kepada pemakanan harian untuk membekalkan keperluan mineral.
Contoh mineral utama yang di perlukan tubuh adalah seperti, Kalsium, Kromium, Zink, Magnesium, Zat besi, Selenium, Manganese, Iodin, Koper, Potassium, Fosforus, Sodium dan Fluorida.

Kita ketahui keperluan trace mineral untuk tubuh bergantung sepenuhnya kepada pemakanan harian, namun, tahukah anda, masa kini kebanyakan makanan yang kita ambil tidak lagi mengandungi trace mineral yang mencukupi dan tidak berkualiti. Fakta, kandungan mineral dalam buahan dan sayuran tahun 2015 sangat kurang berbanding pada tahun 1915, ini kerana keadaan tanah yang kurang subur serta penggunaan bahan kimia. Tanah tidak lagi mampu menyalurkan mineral yang mencukupi kepada tumbuhan dan haiwan (sumber makanan).

Kemana perginya semua mineral yang dahulunya terdapat banyak dalam tanah?
 
Kebanyakan mineral yang dahulunya berlimpah dalam tanah pada zaman dahulu telah terhakis menuju lautan. Di laut, mineral tersebut didapatkan dalam perkadaran yang sesuai dan menyihatkan - sama seperti perkadaran asas yang terdapat di dalam badan manusia yang sihat. Keadaan trace mineral seperti inilah yang amat bermanfaat kepada tubuh.

Dalam beberapa laut pedalaman yang wujud, seperti tasik 'Great Salt' di Amerika Utara, mineral-mineral penting ini didapati dalam kepekatan yang tinggi dan dalam perkadaran yang sesuai.
Tasik 'Great Salt' adalah laut pedalaman tertua di dunia, dan ia telah mengumpul mineral yang terhakis dari persekitaran pergunungan 'Rocky' sejak puluhan ribu tahun. Hasilnya, perairannya kaya dengan nutrien yang mengandungi lebih daripada 72 mineral ionik dan trace mineral yang lebih pekat sampai 8 hingga 10 kali berbanding air laut biasa.

 
Kekurangan mineral dalam tubuh adalah antara FAKTOR UTAMA gejala pelbagai jenis penyakit pada masa kini.
Anda boleh kaitkan setiap penyakit itu akibat kekurangan mineral. – Dr Linus Pauling, Pemenang 2 Nobel Prize